Aku Tak tahulah kalau korang sanggup baca entri aku sepanjang nih,
tapi kalau berminat nak tahu, baca jelah, tak nak baca, itu terpulanglah..
Apa yang aku nak tunjukkan dalam entri kali ini adalah Koleksi barang barang yang untuk dijadikan kenangan di masa nan mendatang nanti..
*Hargai Mereka*
Itu yang aku pegang dan sematkan dalam hati,
dan itu sajalah usaha aku untuk mengingati dan menghargai
setiap detik yang berlaku dalam hidup aku..
aku hargai semuanya..
Sebab aku tahu kenangan ini akan berlaku sekali sahaja seumur hidup..
sebelum ini aku ada share gambar barang2 koleksi kenangan aku di twitter,
tapi itu belum secara keseluruhan lagi..
dan apa yang aku nak tunjukkan ni adalah koleksi kenangan aku hampir keseluruhan..
dan inilah koleksinya..
1. Seperti yang aku pernah tweet gambar ni sebelum nih, Aku namakan Kotak Penghargaan
Peribadi. Kotak ni sendiri pakcik aku yang bagi aku, so aku simpan je la..
2. aku dapat surat daripada member kakak aku, sempena hari jadi aku, dia bagi la kad nih,
dia tulis dia gelarkan aku muka berjaya atas nama aku sendiri Firdaus.. In Syaa Allah kak..
3. Ini Adalah Surat daripada adik aku sorang nih, aku taknak la cakap ape yang ade dalam isi kandungan surat ini.. aku anggap ini adalah amanah dari dia, melainkan dia kasi cite kat orang lain, aku citelah.. hahah!
4. serius bila aku selongkar balik koleksi aku, aku tak percaya yang aku still simpan kertas nih.. hahah!~ bila baca balik memang agak geli geleman tapi dia dah tulis dalam tuh dia bukan gay.. fuh!~ hahah!~ sebenarnya aku sangat facepalm bila bace kertas yang ditulis spontan nih, tapi bila fikir2 balik, ade orang yang sayangkan aku as a friend, thanks so much bro. aku pon dah tak ingat gila bila, form bape ntah, form 2, form 3 mungkin.. and orang dia pon aku tak sure dah sape tuan yang tulis nih.. bila ingat2 balik handwriting Y dengan G dia yang ade ekor macam tuh, aku rasa orang itu adalah Jamal Arif Rosman..
5. Tag nama warna kuning putih = Itu adalah kenangan dimana aku dan 2 orang kawan aku Nazir, Aiman.. Kiteorang satu group dalam Pertandingan Minggu Pusat Sumber Jejak Maklumat
Kami namakan Kumpulan kami FirNazMan..
6. Tag MIFF 2010 = aku tak tahu kenapa aku simpan tag ni, mungkin sebab mase nih aku pergi dengan junior2 kot tahun 2010, tag tahun2 lain aku pergi MIFF nih ade je aku simpan lagi, tapi 2010 ni spesel siket, tu yang aku simpan mungkin..
7. Pembaris Kayu = Itu adalah pemberian masa aku (kami ID students) datang melawat ke WariSeni Bukit Nanas bersama Lect. kami Mdm. Sabariah..
8. Tag Nama Pengawas = kenangan first time jadi pengawas, itulah tag nama pertama dan terakhir juga tag lencana sekolah aku pakai since aku jadi pengawas..
9. Keychain Kotak Merah = Itu adalah Pemberian dari cikgu feveret aku, Cikgu Zaiton, dia mengajar aku subjek Sains dan aku tak nafikan, dia antara salah sorang cikgu yang hebat bagi aku, kefahaman aku dalam sains, 70% aku terapkan apa yang diajar oleh dia, dan 30% saja aku refer buku text dan revision.. makna kata, bila nak exam SPM, aku tak baca pon buku text, revision sume nih, sume based on apa yang aku ingat dalam pale otak je dia ajar selama nih.. baca la jugak, ulang kaji sume tuh, tapi ala kadar jela.. hebat betul cara dia mengajar, ok! pemberian ini adalah disebabkan aku mendapat keputusan paper yang agak membanggakan.. aku ingat lagi kata2 dia masa tuh "I should give you some token to those who got best result" lebih kurang camtulah dia cakap..
11. Kain Merah C.R.O.W = kain tu jadi kenangan apabila aku menghadiri UPM Serdang menjadi Supporter untuk Kolej Aku Sendiri dalam Event Architecture yang dipanggil PADI, setiap supporters dan ahli2 diberikan kain tu untuk pakai sebagai tanda kami adalah Ahli FBE KLMU..
12. Kain tuala muka (pemberian cenderahati kahwin) = Cenderahati ni aku simpan sebab ini adalah perkahwinan member sekelas aku laki dan perempuan ni bercinta dari zaman sekolah, sape tahu jodoh dieorang dah ditakdirkan bersama,
aku hepi tengok korang dua skang, bahagia, itu yang aku harapkan pada diri aku satu hari nanti, In Sya Allah.. ini jugak member yang pertama aku yang kahwin.. Oh ya! FYI mereka nih dah dikurniakan cahaya mata, a princess, wah comel gila dia!~ congrats2..
14. Discount Card "The Friends and Family Sale" = kad ni diberi oleh DZ mase aku visit dia time keje, dia bagi aku kad ni dengan fara sekali, aku ade amik jugak buku yang jual product2 Coach nih, ade aku simpan lagi, tapi aku hanya mampu simpan jela kad ni sebab aku masih tak mampu nak beli barang2 semahal tuh, kau ade tunjuk aku yang kau minat satu beg merah tuh, ya! memang cantik pon, In Syaa Allah ade rezeki, one fine day aku akan belikan ya!. Kalau nak diikutkan hajat sebenarnya pon aku datang Coach tu semata mata disebabkan nak jumpa kau je, itu je buat aku interested nak datang situ, kalau tak memang aku tak masuk kedai branded camtuh.. haha!~ *apepon keje elok2 ya! aku sentiasa doakan terbaik untuk kau =)*
15. Ini adalah sut Baju Pengawas pertama dan terakhir aku, aku akan simpan nih..
16. Gelang Nama = Gelang Aku pakai sepanjang aku berada di hospital Ampang Puteri selama kurang 2 minggu tak silap, aku masa tu umur 15 tahun, aku kena demam denggi, kenangan muntah darah 2 bekas (lebih kurang 2 mangkuk sederhana besar), bila aku kenangkan balik mase tuh, aku cuma fikir satu benda je, aku akan MATI.. *serius*
17. Slip kenyataan kemasukan peperiksaan SPM = apa lagi, kenangan jawab exam SPM lah jawab dalam dewan ramai2.. hahah!~
18. Duit kertas separuh = sebagai tanda sahabat, kami koyakkan duit kertas RM1 dan masing2 pegang separuh, aku tak tahulah kalau dia masih simpan duit tu ke tak..
Duit ini aku akan berikan kepada seseorang yang amat bermakna pada aku satu hari nanti.. sebagai tanda penghargaan dari aku..
21. Ukiran Kayu A14 = Ini adalah hasil kerja kursus Pendidikan seni visual, aku buat ukiran kayu masa tuh, hasil kerja dia tak yah cite la kan, first time mengukir, what do you expect? yedak, tapi xdelah sehodoh mane pon, ok laa.. kenapa A14? dipendekkan cite aku pernah suka perempuan ni dulu dan aku buatkan A untuk namanya dan 14 untuk hari lahir dia, dan aku ingat nak hadiahkan, tapi orang kata dah xde jodoh, memang xde jodoh langsunglah cite die, so? teruskan hidup jela.. so simpan jela.. no. 14 ni bukanlah semata mata tarikh lahir saja, sebenarnya banyak jugak yang berlaku berkaitan 14 tanpa disedari dalam hidup aku, so aku anggap no. 14 nih no. unik dan special.. sampai sekarang aku sukakan no. 14.. password aku pon aku letak ade selitkan no.14 kan fara kan? haha!
22. Keychain Cambodia = Keychain ni pemberian dari lecturer aku, madam Sabariah masa dia dan junior2 aku pegi melawat sambil belajar di Cambodia, aku tak kesampaian nak pergi..
23. Tasbih = cenderahati daripada my aunty dia pegi umrah, dia bagi aku tasbih dan kopiah..
thank you!
24. Keychain Australia = Mama aku bagi mase abah ade outstation kat sana, mama ikut skali teman abah, takpelah, kami anak2 kasilah can untuk berhoney moon kat situ kay? wawawa.. :P
25. Buku Sijil untuk Derma Darah = ini dijadikan kenangan mase aku, nienie dan fara derma darah bersama, eh fara ko derma darah jugak ke mase tuh? ingat2 lupa dah..
26. Keychain Keris = Kakak aku bagi masa kami sekeluarga bercuti di Melaka
27. Kotak Hitam = Cenderahati dari Pusat Kraftangan Malaysia, dia bagi bekas diperbuat daripada tanah liat berbentuk petak, rasanya untuk bekas habuk rokok mungkin..
28. buku nota hijau = itu pemberian daripada cikgu aku mase form 2, dia bagi sekali pensil ngan pemadam, tapi dah guna, terasa menyesal pulak guna barang tuh, lenyap ntah kemana dah..
29. Gambar kenangan form 3 = Ini je kot gambar bebudak kelas yang aku simpan, mase nih nakal2 sume, tak tahu nak cakap macamana dah, tapi aku tengok skang dieorang mampu jadi orang yang baik, itu yang bagus!..
30. Art Painting = Aku beli painting nih mase aku selesai melibatkan diri dalam kerja kursus untuk membuat ukiran kayu selama 1 bulan lebih kalau tak silap, kerja kursus nih dijalankan di WariSeni Bukit Nanas, Aku beli dari seorang Pelukis yang memang bekerja kat situ, dan segala artwork dia sangatlah hohsem! serius hohsem!.. dan dengar cerita jugak WariSeni akan Berpindah di Melaka, so aku pon belilah painting ni sebagai kenangan terakhir bangunan WariSeni tu kat situ, dan kenangan aku buat kerja kursus ukiran kayu kat situ jugak.. orang tu dia kasi sekali ngan paper bag nih, sepatutnya dia jual beg nih, dia bagi free.. ngehehe!~
31. Ukiran Kayu = Ini lah hasil kerja kursus yang aku buat selama 1 bulan lebih di WariSeni, Terima Kasih pada cikgu cikgu yang mengajar, melembutkan tangan mengukir, mengajar teknik2 yang betul, aku gelarkan cikgu tu cikgu faizal tahir, sebab muka die akan2 FT dengan rambut panjang dia lagi.. hahah!~
tak lupa jugak uncle2 yang join kerja kursus mengukir mengajar aku cara yang betul untuk mengukir, terima kasih!~
32. Resit Parking = haaa!~ ini adalah resit2 yang aku kumpul dari aku awal2 belajar di KLMU, xdelah awal2 sangat, hampir pertengahan jugak lah aku start kumpul nih, dan inilah resit parkingnya, rasanya dah capai 100 keping dah kot.. hehe sebagai kenangan tempat aku selalu parking nak ke tempat belajar..
33. Kad Jemputan ke Majlis "Jasamu dikenang budimu disanjung" = Jemputan ke majlis untuk para pengawas yang bersara.
34. Keychain London = pemberian Aunty aku
35. kad Klinik = kad klinik nih milik member aku Aiman, aku jumpa kad nih mase aku tengah lepak mamak ngan member2, duduk je kat meja tuh aku ternampaklah kad klinik nih, aku tak tahulah si Aiman ni tertinggal ke? atau memang dia buang aku tak tahulah,
tapi ntah ape motif la aku amik kad tuh aku simpan.. hahah!~
So, inilah dia hasil koleksi yang aku kumpul
aku hargai sangat perkara2 manis yang berlaku pada aku,
korang bagilah ape pon, in Sya Allah aku akan simpan dan jadikan
koleksi kenangan..










No comments:
Post a Comment