Baru ku Sedar,
Baru ku Nampak,
Walaupun Hidup Senang Lenang,
Kaya Raya,
Hidup Berlandaskan Kemewahan..
Rupanya Masih ada lagi yang tertinggal..
Kebahagiaan..
Umpama Badan Tiada Tulang Belakang..
Umpama Berdiri Di Sebelah Kaki..
Aku Fikir Dengan Hidup penuh Kesenangan Ini,
Tiada Masalah yang Mungkin Muncul..
Bagiku Kebahagiaan Tiada,
Untuk Apa Hidup Di Muka Bumi ini..
Mengapa Orang Fakir Miskin Macamana pun,
Orang Yang Hidup Serba Serbi Kekurangan,
Orang Yang Hidup Penuh Keserdahanaan,
Lebih Bahagia..
Mungkin Mereka Fikir Wang Bukan Segalanya,
Wang Bukanlah Utama Bagi Mereka,
Walaupun Dunia Kini Boleh Di Beli Dengan Wang,
Tetapi Wang Tidak Boleh Beli Kebahagiaan..
Malah Si Miskin Lebih Teguh Pendiriannya Berbanding Si Kaya,
Berkemungkinan Si Miskin Sadar akan Erti Keperitan Hidup..
Berkemungkinan Si Miskin Sadar akan Erti Apa Itu Kesusahan..
Adakah Si Kaya Kenal Erti Kesusahan?
Seperti Mana Difikirkan Si Miskin,
Mereka Hanyut Di Arus Kekayaan Sehinggakan Tidak Merasa Langsung "Apakah Itu Kesusahan?"
Mungkin Si Miskin Lebih Bijaksana Berbanding Si Kaya,
Mengapa Agaknya,
Mungkin Disebabkan Mereka Bermula Perjalanan Dari Bawah,
Mereka Lalui Rintangan, Tamparan Yang Hebat Untuk Menuju Ke Atas,
Si Kaya Hanya Goyang Kaki Merasa Berada Di Atas,
Tanpa Perlu Merasa Perjalanan Keperitan Dari Bawah..

