Tuesday, December 27, 2011

HatiKu Sudah Terbuka Untuk Menerima..
Tetapi Aku Malas Mencari..






.

Thursday, December 22, 2011

Bila hati Bersuara (72) - Pedulikan Saja

Pedulikan Saja Sesiapa pon Yang Membenci,
Siapa Kita Hendak Pujukkan Hati Dunia Untuk Menyukai Kita,
Asalkan Kita Berdiri Dengan kaki Sendiri,
Asalkan Kita Hidup Dengan Cara Sendiri,
Kita Tahu Diri Kita Sendiri Lebih Dari Orang Lain,
Jadi? Jadilah Diri Sendiri..
Jangan Disebabkan Dunia Membenci Kita,
Kita Harus Bersembunyi Di Hujung Dunia,
Mengapa Kita Perlu Buat Begitu Dengan Dunia Kita?
Dunia Kita Milik Kita,
Masing Masing Memiliki Dunianya,
Jangan Biarkan Parasit Menguasai Dunia Bebas Kita Atas Kerana Bawakan Mulut..

Tuesday, December 20, 2011

Bila hati Bersuara (71) - Diri yang Merasa

Dunia Tidak Akan Faham Apa Yang Aku Lalui,
Dunia Tidak Akan Faham Apa Yang Aku Rasai,
Asam Garam Kehidupan Aku Sendiri Yang Merasa,
Dunia Mungkin Boleh Bebas Berkata Dan Menghakimi,
Tetapi Walaupon Rintangan Yang Berlaku,
Aku Berdiri Dengan Kaki Aku Sendiri,
Mungkin Tindakan Aku Salah Dan Membuatkan Orang Benci,
Tapi Itu Adalah Penyelesaian Terbaik Untuk Aku Memujuk Diri Untuk Meneruskan Hidup..

Friday, December 9, 2011

Bila Hati Bersuara (70) - Fahaminya

Jangan BERMANJA Pada Yang TAK HALAL,
Jangan BERCERITA Pada Yang TAK AMANAH,
Jangan SANJUNG Pada Yang TAK SETIA,
Jangan UNGKIT Pada Yang TAK MENGHARGAI,
Jangan BENCI Pada Yang TAK MENGERTI,
Jangan BERHARAP Pada Yang TAK SUDI,
Jangan MEMAKSA Pada Yang TAK CINTA,
Jangan CINTA Pada Yang TAK RELA..



Sumber Dari Kata - Kata Manusia Lain,
Dan Diubahsuai Oleh Mohfi


Wednesday, December 7, 2011

Bila hati Bersuara (69) - Apa Kau Rasa?

Apa Kau Rasa?
Jikalau Engkau Mendapat Tahu Yang Engkau Hanya Mempunyai Beberapa Bulan Sahaja Untuk Menikmati Kehidupan Dunia?

Apa Kau Rasa?
Jikalau Engkau Menghitung Hari Menuju Kejalan Yang Sudah Pasti Akan Terjadi..

Sebak Aku Rasa Kerana Aku Tidak Tahu Apa Yang Dirasa,
Dengan Muka Yang Penuh Rasa Simpati,
Ingin Bermanja Sementara Sempat,
Ingin Menikmati Hidup Sementara Sisa Hidup Masih Ada..

Aku Terdiam,
Betulkah Apa Yang Aku Dengar,
Amat Simpati Aku Mendengar Dia Sudah Tahu Bila Tarikh Pemergian Dia Sendiri,

Alhamdulillah Dia Ingin Berubah Menjadi Lebih Baik,
Niat Yang Suci InsyaAllah Mendapat Balas Baik DariNya
Semoga Tabah Harungi Rintangan Hidup,
Senyumlah Selalu..

Ya Allah, Panjangkan Umurnya Ya Allah!
Aku Mohon Kurangkan Bebananan Yang Dia Lalui,
Dia Insan Lemah Seperti Aku,
Jikalau Aku Merasa Sebak Sekarang,
Apatah Lagi Tuan Badan Yang Merasa..
Kuatkan Semangatnya Untuk Tempuh Dugaan Yang Dilalui,
Amin!

Sunday, December 4, 2011

Bila hati Bersuara (68) - Doaku Tidak Putus

Aku Sudah Tidak Mahu Memberitahu Terang Terangan Lagi,
Aku Tahu, Aku Merasa, Aku Nampak,
Ya! Memang Aku Sangat Risau Setiap Kali Engkau Sakit Di Kepala,
Tapi Aku Hanya Berdoa Kebaikan Dan Kesejahteraan Engkau Dari Belakang Sahaja,
Doaku Tidak Putus Untuk Engkau..
Semoga Yang Maha Esa Permudahkan Segala Rintangan Engkau, Amin!~

Saturday, December 3, 2011

Bila hati Bersuara (67) - Karma Hidup Ibarat Roda

Mulut Dunia Yang Bersuara Menyebarkan Fitnah,
Memburukkan Dan Mengaibkan Aku..

Aku Tidak Mahu Berkata Apa,
Ya! Rasa Kecewa Memang Terasa Singgah Di Hati,
Tapi Itu Adalah Kekuatan Untuk Aku Melawan Cabaran Hidup,

Menyebarkan Keaiban Aku,
Aku Hanya Senyum,
Kerana Dunia Tidak Tahu Kebenaran Aku ,
Tuan Empunya Badan Dan Sahabat Andai Sahaja Yang Tahu,

Hendak Percaya Atau Tidak,
Itu Adalah Atas Hak Percaya Diri Masing - Masing,
Yang Penting, Aku Tahu Diri Aku,
Dan Dunia Jangan Sekali Bersuara Menghakimi Jika Perkara Tidak Sahih Mengenai DiriKu..

Dunia Sentiasa Berputar,
Semua Merasa Terjadinya Siang Dan Malam,
Dan Karma Hidup Ibarat Roda,
Hari Ini Aku Dibawah,
Hari Esok Aku Pula Diatas..

Bila hati Bersuara (66) - Masih Mampu Bertahan

Alhamdulillah,
Sepanjang Perjalanan Yang Aku Harungi,
Hampir Seminggu Aku Melalui Perjalanan Baru,
Tiada Apa Yang Boleh Menghalang Aku Setakat Ini,
Aku Tetap Tempuhi Jalan Yang Aku Tuju Tanpa Ragu,

Aku Masih Mampu Bertahan Untuk Meneruskannya Lagi,
Semoga Aku Menemui Yang Terbaik Untuk DiriKu..