Saturday, June 23, 2012

Bila Hati Bersuara (95) - Dia Maha Adil

Mungkin Aku Selalu Rasa Tertindas,
Namun Itu Bukan Masalah Untuk Aku Teruskan Perjuangan,
Aku Tidak Putus Asa,
Hendakkan Sesuatu Yang Baik,
Kesabaran Itu Perlu,
Dan
Aku Tidak Akan Putus Harapan Untuk Mencoba Kembali,
Jangan Risau,
Dia Maha Adil,
Kemenangan Pasti Tiba,
Hanya Masa Yang Menentukan..


Sunday, June 17, 2012

Bila Hati Bersuara (94) - Kau Ayah Terhebat

Kaulah Satunya, Tiada Dua, Tiada Tiga..

Kau Ayah Terhebat,
Tidak Kenal Erti Lelah,
Tidak Kenal Erti Putus Asa,

Setiap Subuh Pagi,
Lantas Bangun Laksanakan Tanggungjawab Harian,
Menyediakan Sarapan Pagi Kepada Anaknya Yang Masih Dibuai Mimpi,
Setiap hari..

Kau Tidak Tahu Erti Penat,
Dari Pagi Sehingga Lewat Senja,
Engkau Tetap Rajin dan Cekal Melakukan Apa Saja Tugas,

Kadang Aku Terfikir,
Mampukah Aku Mewarisi Sifat Sifatnya..
Yang Bakal Menjadi Suami dan Juga Bapa Suatu Hari Nanti?

Kau Ayah Terhebat,
Mencari Rezeki Sehingga Lewat Malam,
Kadang Jauh Merantau..
Semata Mata Mencari Rezeki Demi Isteri Dan Anak Anaknya Sendiri..

Aku Bangga mempunyai Ayah Seperti Kau,
Tidak Akan Ada Pengganti Selain Kau Seorang..
Selamat Hari Bapa Buat Kau Abah..

"Che Husin Bin Che Man"

Friday, June 15, 2012

Bila Hati Bersuara (93) - Tabahlah

Aku Bangga Dengan Kau,
Walau Takdir Dan Ajal Telah Menentukan,
Tetapi Hati Kau Tenang Dan Tabah,
Kuatkanlah Semangat,
"Yang Pergi Tetap Pergi,
Dan Tidak Akan Kembali Lagi",
Hanya Kenangan Akan Berlegar Menjadi Peneman Hati Sunyi..

Semua Manusia Jika Berada Di Situasi Begini,
Akan Merasa Kesan dan Rasa Yang Sama..
Tabahlah..

Sunday, June 10, 2012

Bila Hati Bersuara (92) - Bila Tiba Masanya

Bila Tiba Masanya,
 Aku Akan Pergi.. :)

Hanya Menunggu Sedikit Masa Lagi,
Kerana Sekarang Masih Lagi Lumpuh,
Pabila Kembali Boleh Berjalan,
Biarlah Mengesot Sekalipon,
Asalkan Boleh Beredar Dari Sini,
Aku Akan Pergi.. :)


Thursday, June 7, 2012

Senyum Ketawa Pengubat Duka,
Hati Kecil Menangis Siapa Yang Tahu..



.

Monday, June 4, 2012

Bila Hati Bersuara (91) - Wajah Manis

Tiap Kali Melihat Wajah Manis Kau,
Iya! Kau..
Hati Jadi Mengecut,
Tangan Ku Lantas Menggosok Dada Menenangkan Rasa..
Kelakarnya Perkara Itu Sering Berlaku Tiap Kali Ku Menatap,
Kuatnya Aura Kau Menusuk Hati Yang Tidak Berpenghuni ini..
Itu Hanya Adalah Perasaan Hati Sunyi,

Apapon..
Yang Pentingnya
Dimana Saja Engkau Berada,
Moga Kau Kuat Dan Tabah Mengharungi Segala Ujian Dan Cabaran,
Aku Tahu Kau Seorang Yang Kuat Mengharungi,
Harus Diingat Juga!
Kita Manusia Lemah,
Kesihatan Diri Mesti Diutama..
Jaga Kesihatan Tubuh,
Sentiasa Berfikiran Positif..
Dan "Senyumlah"
Biarkan Senyuman Menghiasi Muka Ayu Itu,
Dunia Juga Pasti Akan Bersama Senyum Melihat,
InsyaAllah Maha Esa Permudahkan Jalan Untuk Kau..

Seperti Biasa,
Doaku Sentiasa Tidak Lekang Untuk Kau..
Sentiasa Membaluti Diri Engkau..

Dan
Dunia Ini Penuh Dengan Helahnya..
Jagalah Diri,
InsyaAllah Tuhan Akan Melindungi Kau..
Amin, Amin..
Ya Rabbal Al amin

-MF-