Tuesday, March 22, 2011

Bila Hati Bersuara (12) - Munafik Diri

Perlukah kau bermunafik pada diri kau sendiri?
Apa manfaat yang kau peroleh?

Adakah hanya sekadar mengaburkan mata?
Agar orang lain akan nampak betapa 'gah'nya kau?

Adakah kau sengaja untuk menyakiti pihak lain?
Supaya kau dibenci?

Adakah sudah menjadi tabiat kau sebagai seorang munafik?
Sehinggakan sanggup tikam dari belakang..

Mengapa manusia sanggup melakukan sedemikian rupa?
Tidakkah rasa bersalah dalam diri kau rasa?
Hidup berpegangkan penipuan, kekejaman dan kebanggaan PALSU..
BANGGAKAH KAU?

Sunday, March 20, 2011

Bila Hati Bersuara (11) - Jangan Kau Hanyut

Walaupun kau sudah berada di hadapan,
Jangan sesekali lupa orang di belakang,

Jangan hanyut berada di hadapan,
dan Jangan bangga diri.. jangan angkuh,
Orang belakang diabaikan, Dicaci, Dihina..
Habis madu Sepah dibuang,

Andai takdir kau jatuh satu hari nanti,
Baru hendak ingat orang belakang, 
Menyesal tak sudah yang kau dapat,
Tiada siapa hendak mendengar derita batin yang terseksa,

Baru kau sadar,
Baru kau kenali siapa kau..
Hidup tanpa bergantung harap..
Pergilah kau bersama hidup kau..





 

Bila Hati Bersuara (10) - Apa Hati Rasa?

Memang sukar untuk luahkan dengan kata - kata..
Hati begitu rumit untuk diluahkan,
Memang benar apa yang dikata,
Rasa hati, Tuhan dan badan sahaja yang tahu..

Kadang sakit,
Kadang gembira,
Kadang sedih,
Kadang Ceria..

Itulah yang dirasa oleh hatiku,
Seperti Panas kepada Mendung,
Seperti Siang kepada Malam,
kadang hujan lebat tanpa diduga..

Pahit manis,
Suka Duka,
Semua aku merasa..
Walau apapun yang dirasa,
Hati adalah Penyokong Hidup..
Tanpa Hati Mati.. 

Kekuatan terhebat berada di dalam..
Adalah Hati..
Hati adalah kekuatan sebenar, 
Cuba Engkau Percaya,
Mesti kau rasa..

Thursday, March 17, 2011

Bila Hati Bersuara (9) - Cukup Disini

Suka duka aku lalui,
Aku fikir biarlah aku berhenti berjalan disini,
Tiada guna lagi aku melalui jalan ini,
Perjalanan makin lama makin suram,
Makin gelap dan gelap..
Makin Jauh makin tiada tujuan..

Dan bila aku terus berjalan,
Hati aku makin sakit,
Sakit bagaikan disiat pisau,
Cukuplah disini,
Cukuplah disini,
Izinkan aku pergi, 
Pergi melalui jalan yang baru,
Jalan untuk aku menuju ke destinasi lain,
Destinasi yang lebih membahagiakan aku,

Cukup sudah derita yang aku tempuh,
Membawa dulang penuh berbunga,
Akhirnya layu mati tidak disiram,
Mengharapkan disiram oleh Sang Puteri,
Sayangnya tidak diendah,
Bungaku tidak secantik lain..

Kalau betulpun jalan baru sudah aku temui,
Manakan boleh jalan yang lama aku lupakan,
Kalau masih boleh aku teruskan perjalanan ini,
Cekalkan hati tanpa menoleh aku teruskan... 





Thursday, March 10, 2011

Bersantai Seketika (15) - Aku Designer Amatur..

Start dri hari jumaat lepas aq ade trlibat dgn 1 competition utk "Design a Mini Library"dri Sime Darby, Then my lecturer pn bru dpat thu competition nih.. 
so dri ari jumaat tu aq hanye ade 4 hari saje utk design a library tuh..
sbb Sime Darby pn satu hal.. bgi la awal2 siket, xde la klam kabut mse tuh, smpaikan aq fokus gile dgn buat design nih.. bnde blaku skeliling aq pn aq xpduli dah..

tambah pulak aq mse ari sbtu tu aq bru je blaja gune Google SketchUp.. aq tgok siket tutorial die dlm youtube then da bole follow da.. thank god la aq cpat pikap gune bnde alah tu, dan dlm 4 hari tu aq da buat 4 different design.. tp aq fokus kan 1 design ni je, lg 3 tu not complete, apekan daya xde mase..

tp Alhamdulillah, ari ni (Khamis, 10 March 2011)
 mmg x di sangka2, Serius x sangka,, Aq menang Siot..
bukan no. 3, bukan no. 2 tp no.1...
Damn, Gile x caye kot, dgn bru blaja gune sketchUp dan kesuntukan mse dgn kerja yg klam kabut, aq bole dpt no.1...aq pkir dieorg ni btol ke x..
tp mmg da rzeki kan, klo Allah nk bgi Dia akan bgi..

apepn aq sbagai designer amatur, dgn 1st time teribat dlm competition, dgn dpt no.1 lg, dgn bru blaja lg..
ini adalah satu permulaan yg positif bg aq..
damn! aq nk bgtau korg yg aq suke ID n i luv this ID gonna be my job after grad..
x sia2 aq amik ID nih. doakan aq utk trus brjaya...amin

so ini adalah hasil daripada kerja aq yang menang competition nih.. so tgk la..




 and gamba2 kat bawah ni pulak another 3 different design yg aq x smpat nk siapkan..
tp my lecturer suruh antar jgak..
so ini lah hasil die..

design 2




design 3



design 4

 

Tuesday, March 1, 2011

Bila Hati Bersuara (8) - Luahan Kebenaran

Kalau 'TIDAK' katakan Tidak, Kalau 'Ya" katakanlah Ya.. 

tidak perlu meng'iya'kan perkara yang tidak, 
tidak perlu tidakkan perkara yang iya, 
mengapa perlu mendustakan diri,
bukankah lebih mudah cakapkan saja apa yang dirasa,
hati pastinya lebih tenang selepas dibebaskan.. 

aku meraba di dalam kegelapan,
mencari dimana punca cahaya,
agar aku boleh menuju kesana,
tanpa menoleh aku ikutkan sahaja,

tapi nasibku tidak menyebelahi,
cahaya sebesar zarah pun tidak kelihatan,
terkurungku di alam kegelapan ini,
hidup merana tanpa tujuan.. 

kalau betul itu jalan yang dipilih,
ikutkan saja naluri hati suci,
InsyaAllah dirahmati Illahi,
teruskanlah niat mu untuk terus pergi,

tak perlu lagi menoleh mengenangkan kesangsian,
bukankah niat sudah terpaku di hati??
kalau betul masih berasa kesangsian,
janganlah berlangkah walau seinci..