Wednesday, April 2, 2014

Saturday, July 27, 2013

Tuhan Maha Esa,
Aku mohon kepada-Mu kekalkanlah senyuman manisnya yang telah kembali terukir,
dan janganlah Kau menarik kembali kebahagiaannya yang hilang seperti sebelumnya,
Sinarilah hatinya,
lembutkanlah hatinya,
bahagiakannya seperti manusia biasa..

Moga Tuhan panjangkan umur kamu,
murahkan rezeki kamu,
dan bahagia bersama yang tersayang..

Selamat Hari Ulang Tahun ke - 22 DZ.

Tuesday, May 21, 2013

Bahagia kau, 
Bahagia aku juga,

Moga kau dapat apa yang kau hendak,
Berbahagialah di sampingnya..

Aku doakan yang terbaik untuk kau,
Jaga diri..


Tuesday, May 14, 2013

Tiba masa ku,
Aku pergi,
Itu pasti,

mungkin ini bukan masanya untuk meluahkan,
walaupun hati mungkin memaksa,
tapi badan mengatakan tidak,

kerana waktu sudah semakin singkat,
meskipun bersuara takkan bawa kemana,
kerana aku akan pergi,
melangkah dunia lebih mencabar menunggu,

mungkin harapan ku tinggi,
perasaan aku makin berubah dan tertarik,
tapi aku tak ingin menyakiti,
memandangkan aku halimunan,
biarkanlah saja,

dan biarkan aku pergi menyepi,
sedikit pon aku tidak akan bersuara,
aku pendamkan..





Sunday, February 17, 2013

Cinta yang halal

Tiap hari aku berdoa pada Maha Esa agar jodoh aku biarlah masih satu,
yang menginginkan akan menjadi seorang lelaki budiman yang sejati
melamar kekasih hatinya yang satu
yang mengharapkan cinta yang halal darinya
yang inginkan cinta direstui Ayah Bonda
yang pasti cinta yang dirahmati dan diberkati Sang Pencipta..

Masa akan menentukan
andai ada 
bersatulah
andai tiada
tiadalah..


Wednesday, February 6, 2013

Entri Khas = Koleksi Kenangan


Aku Tak tahulah kalau korang sanggup baca entri aku sepanjang nih,
tapi kalau berminat nak tahu, baca jelah, tak nak baca, itu terpulanglah..

Apa yang aku nak tunjukkan dalam entri kali ini adalah Koleksi barang barang yang untuk dijadikan kenangan di masa nan mendatang nanti..

*Hargai Mereka*

Itu yang aku pegang dan sematkan dalam hati, 
dan itu sajalah usaha aku untuk mengingati dan menghargai 
setiap detik yang berlaku dalam hidup aku..
aku hargai semuanya..

Sebab aku tahu kenangan ini akan berlaku sekali sahaja seumur hidup..

sebelum ini aku ada share gambar barang2 koleksi kenangan aku di twitter,
tapi itu belum secara keseluruhan lagi..

dan apa yang aku nak tunjukkan ni adalah koleksi kenangan aku hampir keseluruhan..
dan inilah koleksinya..























1. Seperti yang aku pernah tweet gambar ni sebelum nih, Aku namakan Kotak Penghargaan
Peribadi. Kotak ni sendiri pakcik aku yang bagi aku, so aku simpan je la..



2. aku dapat surat daripada member kakak aku, sempena hari jadi aku, dia bagi la kad nih,
dia tulis dia gelarkan aku muka berjaya atas nama aku sendiri Firdaus.. In Syaa Allah kak..



3. Ini Adalah Surat daripada adik aku sorang nih, aku taknak la cakap ape yang ade dalam isi kandungan surat ini.. aku anggap ini adalah amanah dari dia, melainkan dia kasi cite kat orang lain, aku citelah.. hahah!



4. serius bila aku selongkar balik koleksi aku, aku tak percaya yang aku still simpan kertas nih.. hahah!~ bila baca balik memang agak geli geleman tapi dia dah tulis dalam tuh dia bukan gay.. fuh!~ hahah!~ sebenarnya aku sangat facepalm bila bace kertas yang ditulis spontan nih, tapi bila fikir2 balik, ade orang yang sayangkan aku as a friend, thanks so much bro. aku pon dah tak ingat gila bila, form bape ntah, form 2, form 3 mungkin.. and orang dia pon aku tak sure dah sape tuan yang tulis nih.. bila ingat2 balik handwriting Y dengan G dia yang ade ekor macam tuh, aku rasa orang itu adalah Jamal Arif Rosman..



5. Tag nama warna kuning putih = Itu adalah kenangan dimana aku dan 2 orang kawan aku Nazir, Aiman.. Kiteorang satu group dalam Pertandingan Minggu Pusat Sumber Jejak Maklumat
Kami namakan Kumpulan kami FirNazMan..



6. Tag MIFF 2010 = aku tak tahu kenapa aku simpan tag ni, mungkin sebab mase nih aku pergi dengan junior2 kot tahun 2010, tag tahun2 lain aku pergi MIFF nih ade je aku simpan lagi, tapi 2010 ni spesel siket, tu yang aku simpan mungkin..



7. Pembaris Kayu = Itu adalah pemberian masa aku (kami ID students) datang melawat ke WariSeni Bukit Nanas bersama Lect. kami Mdm. Sabariah..



8. Tag Nama Pengawas = kenangan first time jadi pengawas, itulah tag nama pertama dan terakhir juga tag lencana sekolah aku pakai since aku jadi pengawas..



9. Keychain Kotak Merah = Itu adalah Pemberian dari cikgu feveret aku, Cikgu Zaiton, dia mengajar aku subjek Sains dan aku tak nafikan, dia antara salah sorang cikgu yang hebat bagi aku, kefahaman aku dalam sains, 70% aku terapkan apa yang diajar oleh dia, dan 30% saja aku refer buku text dan revision.. makna kata, bila nak exam SPM, aku tak baca pon buku text, revision sume nih, sume based on apa yang aku ingat dalam pale otak je dia ajar selama nih.. baca la jugak, ulang kaji sume tuh, tapi ala kadar jela.. hebat betul cara dia mengajar, ok! pemberian ini adalah disebabkan aku mendapat keputusan paper yang agak membanggakan.. aku ingat lagi kata2 dia masa tuh "I should give you some token to those who got best result" lebih kurang camtulah dia cakap..



10. Kotak Hitam berisi Pen dengan Keychain = Itu adalah Penghargaan aku mendapat Special Award Anugerah Kepimpinan Terbaik beserta Sijil




11. Kain Merah C.R.O.W = kain tu jadi kenangan apabila aku menghadiri UPM Serdang menjadi Supporter untuk Kolej Aku Sendiri dalam Event Architecture yang dipanggil PADI, setiap supporters dan ahli2 diberikan kain tu untuk pakai sebagai tanda kami adalah Ahli FBE KLMU..



12. Kain tuala muka (pemberian cenderahati kahwin) = Cenderahati ni aku simpan sebab ini adalah perkahwinan member sekelas aku laki dan perempuan ni bercinta dari zaman sekolah, sape tahu jodoh dieorang dah ditakdirkan bersama,
aku hepi tengok korang dua skang, bahagia, itu yang aku harapkan pada diri aku satu hari nanti, In Sya Allah.. ini jugak member yang pertama aku yang kahwin.. Oh ya! FYI mereka nih dah dikurniakan cahaya mata, a princess, wah comel gila dia!~ congrats2..



13. Mp3 Player = Pakcik aku bagi mp3 tuh, dia memang suka bagi2 barang nih dulu.. =)



14. Discount Card "The Friends and Family Sale" = kad ni diberi oleh DZ mase aku visit dia time keje, dia bagi aku kad ni dengan fara sekali, aku ade amik jugak buku yang jual product2 Coach nih, ade aku simpan lagi, tapi aku hanya mampu simpan jela kad ni sebab aku masih tak mampu nak beli barang2 semahal tuh, kau ade tunjuk aku yang kau minat satu beg merah tuh, ya! memang cantik pon, In Syaa Allah ade rezeki, one fine day aku akan belikan ya!. Kalau nak diikutkan hajat sebenarnya pon aku datang Coach tu semata mata disebabkan nak jumpa kau je, itu je buat aku interested nak datang situ, kalau tak memang aku tak masuk kedai branded camtuh.. haha!~ *apepon keje elok2 ya! aku sentiasa doakan terbaik untuk kau =)*




15. Ini adalah sut Baju Pengawas pertama dan terakhir aku, aku akan simpan nih..



16. Gelang Nama = Gelang Aku pakai sepanjang aku berada di hospital Ampang Puteri selama kurang 2 minggu tak silap, aku masa tu umur 15 tahun, aku kena demam denggi, kenangan muntah darah 2 bekas (lebih kurang 2 mangkuk sederhana besar), bila aku kenangkan balik mase tuh, aku cuma fikir satu benda je, aku akan MATI.. *serius*



17. Slip kenyataan kemasukan peperiksaan SPM = apa lagi, kenangan jawab exam SPM lah jawab dalam dewan ramai2.. hahah!~



18. Duit kertas separuh = sebagai tanda sahabat, kami koyakkan duit kertas RM1 dan masing2 pegang separuh, aku tak tahulah kalau dia masih simpan duit tu ke tak..



19. Duit 1 Ringgit lama = Ada lima keping semuanya, tak ada kesan lipat langsung, masih keras macam duit baru, no. siri duit tu pon ikut turutan, tapi yang ada 71, 73, 74, 75, 76.. 72 aku tak tahulah sape pegang antara adik beradik aku, ini pemberian ayah aku..
Duit ini aku akan berikan kepada seseorang yang amat bermakna pada aku satu hari nanti.. sebagai tanda penghargaan dari aku..



20. Plastik Laundry Permai Hotel Kuala Terengganu = aku rembat plastik nih dengan syampoo, sabun, conditioner sekali dalam plastik tuh, tanda aku tido hotel nih bersama Faiz pergi lawatan ke Terengganu dengan studiomates tercinta, kenangan ini sangat best!



21. Ukiran Kayu A14 = Ini adalah hasil kerja kursus Pendidikan seni visual, aku buat ukiran kayu masa tuh, hasil kerja dia tak yah cite la kan, first time mengukir, what do you expect? yedak, tapi xdelah sehodoh mane pon, ok laa.. kenapa A14? dipendekkan cite aku pernah suka perempuan ni dulu dan aku buatkan A untuk namanya dan 14 untuk hari lahir dia, dan aku ingat nak hadiahkan, tapi orang kata dah xde jodoh, memang xde jodoh langsunglah cite die, so? teruskan hidup jela.. so simpan jela.. no. 14 ni bukanlah semata mata tarikh lahir saja, sebenarnya banyak jugak yang berlaku berkaitan 14 tanpa disedari dalam hidup aku, so aku anggap no. 14 nih no. unik dan special.. sampai sekarang aku sukakan no. 14.. password aku pon aku letak ade selitkan no.14 kan fara kan? haha!



22. Keychain Cambodia = Keychain ni pemberian dari lecturer aku, madam Sabariah masa dia dan junior2 aku pegi melawat sambil belajar di Cambodia, aku tak kesampaian nak pergi..




23. Tasbih = cenderahati daripada my aunty dia pegi umrah, dia bagi aku tasbih dan kopiah..
thank you!



24. Keychain Australia = Mama aku bagi mase abah ade outstation kat sana, mama ikut skali teman abah, takpelah, kami anak2 kasilah can untuk berhoney moon kat situ kay? wawawa.. :P



25. Buku Sijil untuk Derma Darah = ini dijadikan kenangan mase aku, nienie dan fara derma darah bersama, eh fara ko derma darah jugak ke mase tuh? ingat2 lupa dah..



26. Keychain Keris = Kakak aku bagi masa kami sekeluarga bercuti di Melaka



27. Kotak Hitam = Cenderahati dari Pusat Kraftangan Malaysia, dia bagi bekas diperbuat daripada tanah liat berbentuk petak, rasanya untuk bekas habuk rokok mungkin..



28. buku nota hijau = itu pemberian daripada cikgu aku mase form 2, dia bagi sekali pensil ngan pemadam, tapi dah guna, terasa menyesal pulak guna barang tuh, lenyap ntah kemana dah..



29. Gambar kenangan form 3 = Ini je kot gambar bebudak kelas yang aku simpan, mase nih nakal2 sume, tak tahu nak cakap macamana dah, tapi aku tengok skang dieorang mampu jadi orang yang baik, itu yang bagus!..



30. Art Painting = Aku beli painting nih mase aku selesai melibatkan diri dalam kerja kursus untuk membuat ukiran kayu selama 1 bulan lebih kalau tak silap, kerja kursus nih dijalankan di WariSeni Bukit Nanas, Aku beli dari seorang Pelukis yang memang bekerja kat situ, dan segala artwork dia sangatlah hohsem! serius hohsem!.. dan dengar cerita jugak WariSeni akan Berpindah di Melaka, so aku pon belilah painting ni sebagai kenangan terakhir bangunan WariSeni tu kat situ, dan kenangan aku buat kerja kursus ukiran kayu kat situ jugak.. orang tu dia kasi sekali ngan paper bag nih, sepatutnya dia jual beg nih, dia bagi free.. ngehehe!~




31. Ukiran Kayu = Ini lah hasil kerja kursus yang aku buat selama 1 bulan lebih di WariSeni, Terima Kasih pada cikgu cikgu yang mengajar, melembutkan tangan mengukir, mengajar teknik2 yang betul, aku gelarkan cikgu tu cikgu faizal tahir, sebab muka die akan2 FT dengan rambut panjang dia lagi.. hahah!~
tak lupa jugak uncle2 yang join kerja kursus mengukir mengajar aku cara yang betul untuk mengukir, terima kasih!~




32. Resit Parking = haaa!~ ini adalah resit2 yang aku kumpul dari aku awal2 belajar di KLMU, xdelah awal2 sangat, hampir pertengahan jugak lah aku start kumpul nih, dan inilah resit parkingnya, rasanya dah capai 100 keping dah kot.. hehe sebagai kenangan tempat aku selalu parking nak ke tempat belajar..



33. Kad Jemputan ke Majlis "Jasamu dikenang budimu disanjung" = Jemputan ke majlis untuk para pengawas yang bersara.



34. Keychain London = pemberian Aunty aku




35. kad Klinik = kad klinik nih milik member aku Aiman, aku jumpa kad nih mase aku tengah lepak mamak ngan member2, duduk je kat meja tuh aku ternampaklah kad klinik nih, aku tak tahulah si Aiman ni tertinggal ke? atau memang dia buang aku tak tahulah,
tapi ntah ape motif la aku amik kad tuh aku simpan.. hahah!~




So, inilah dia hasil koleksi yang aku kumpul
aku hargai sangat perkara2 manis yang berlaku pada aku,
korang bagilah ape pon, in Sya Allah aku akan simpan dan jadikan 
koleksi kenangan..



Sunday, January 13, 2013

Aku Tidak Mampu Menafikan Lagi..

Bunyinya mungkin bodoh,
aku dah cuba sedaya upaya untuk lupakan,
tapi ini adalah kenyataan yang aku tak boleh elakkan,
aku dah cuba buang jauh jauh,
perasaan hati aku masih tak berubah..
tetap pilih kau..

tapi aku tak kesahlah siapapon jodoh yang kau akan jumpa,
tapi aku harap dia pon mempunyai perasaan sepertimana perasaan yang aku rasa sekarang..
bohong kalau aku kata aku dah tak amik peduli dah..
setiap kali kau singgah di minda,
tiap itu aku doakan baik2 utk kau..

jujurlah aku cakap,
perasaan aku masih kuat,
usahkan bila lihat gambar kau,
kau singgah difikiran pon buat jantung aku berdegup kencang..
penangan kau memang kuat,
mungkin sebab kau yang pertama..
nak lupakan tu memang tak mungkin lah kan jawapan dia..
apepon, aku harap kau baik2 je lah eh..
doa aku sentiasa terbalut di badan kau..






Sunday, December 2, 2012

Takda sebab dah nak teruskan,
takpalah,
cukuplah kot,
mohon Tuhan berikan kekuatan pada aku,
kuatkan semangat aku,
aku berhenti..

Bismillahirahmanirrahim..
permudahkan segala perjalanan hidupku..
mudah mudahan,
In syaa Allah..

Thursday, September 27, 2012

Carilah Bila Ada Di Depan Mata,
Jangan Mencari Pabila Sudah Tiada,

Rindulah Ketika Ada Di Depan Mata,
Jangan Rindu Pabila Sudah Tiada..

Hargai Mereka..

Sunday, September 23, 2012

"Tidak Ada Sesiapa Yang Boleh Membuatkan Kau Gembira Sehinggalah Kau Gembira Pada Diri Kau Sendiri Terlebih Dahulu"


Sumber Kata Dari Manusia Lain


"Hanya Disebabkan Sesuatu Perkara Belom Berlaku Untuk Diri Kau Sekarang,
Tidak Bermakna Ia Tidak Akan Berlaku"



Sumber Kata Dari Manusia Lain..

Wednesday, September 19, 2012

"Mencuba Kepada Perkara Yang Pasti Tidak Akan Berlaku,
Itu Adalah Sia Sia.."



.

Monday, September 10, 2012

Kau Destinasi Aku

Andai Jodoh Kuat,
Jodoh Milik Kita,
Kau Dan Aku Merasakan Yang Sama,
Jangan Khuatir,
Satu Hari Nanti Tangan Kau Akan Ku Sambut..
Dan
Kau Destinasi Aku..

Saturday, September 8, 2012

Tunjukkan Aku

Tuhan
Tunjukkan Aku Adakah Ini Memang Haluan Jalan Hidupku?
Kalau Bukan Tolonglah Sedarkan Aku,
Agar Aku Tahu Dimana Aku Berdiri,
Kerana Aku Sangat Lemah Kebelakangan Ini..

Tunjukkan Aku Kalau Benar Ini Jalan Hidupku,
Jangan Kaburkan Perjalanan Aku,
Jangan Patahkan Semangat Aku,
Jangan Jatuhkan Aku..

Hati Bagaikan Lumpuh,
Aku Rasa Tewas,
Aku Rasa Lemah..

Engkau Saja Yang Fahami Perasaan Aku,
Apa Yang Aku Rasa,
Engkau Saja Yang Menjadi Tempat Aku Mengadu..
Kuatkan Aku..


Friday, August 24, 2012

Jumaat, 24 Ogos 2012

Walau Hanya Sepuluh Minit,
Rindu Hati Sudah Rasa Terubat,
Terima Kasih..





.

Saturday, August 11, 2012

Bila Hati Bersuara (99) - Biarkan Bebas

Akan Ku Biarkan Bebas,
Yang Menarik Kuat,
Itulah Destinasinya..

Ini Adalah Keputusan Hidup,
Demi Kepentingan Diri,
Aku Terpaksa..

Hanya Masa Menentukan,
Ikut Saja Arus Alirannya Sendiri,
Jawapan Kan Muncul Kelak..

Friday, August 3, 2012

Bila Hati Bersuara (98) - Peluang Kedua

Setiap Manusia Berhak Memperoleh Peluang Kedua,
Setiap Manusia Mempunyai Masalah Dan Agenda Hidupnya Sendiri,
Mungkin Peluang Pertama Tiada Rezeki Dan Peluang Untuk Melaksanakan,
Atas Sebab Musabab Yang Berlaku Tanpa Diduga,
Mungkin Juga Tidak Bersedia,
Aku Cukup Memahami,

Pabila Peluang Kedua Diberi,
Gunakan Sebaik Mungkin,
Perbaiki Kesilapan Diri,
Menjadi Lebih Baik Dari Sebelumnya,
Buktikanlah..

Wednesday, August 1, 2012

Bila Hati Bersuara (97) - Usah Kejar

Usah kejar,
Belajar Dari Pengalaman Lalu,
Tidak Pasti,
Jangan Bertindak Pasti,
Hanya Masa Mampu Menguatkan Hati,
Tunggulah Sehingga Jawapan Sebenar Menanti..

Saturday, July 28, 2012

Bila Hati Bersuara (96) - Tiba Masanya

Masanya Sudah Tiba..
Tiada Lagi Harapan,
Teruskan Berjalan,
Moga Tuhan Permudahkan,
Selamat Tinggal..
Dengan Muktamad Hati,
Aku Pergi..

Saturday, June 23, 2012

Bila Hati Bersuara (95) - Dia Maha Adil

Mungkin Aku Selalu Rasa Tertindas,
Namun Itu Bukan Masalah Untuk Aku Teruskan Perjuangan,
Aku Tidak Putus Asa,
Hendakkan Sesuatu Yang Baik,
Kesabaran Itu Perlu,
Dan
Aku Tidak Akan Putus Harapan Untuk Mencoba Kembali,
Jangan Risau,
Dia Maha Adil,
Kemenangan Pasti Tiba,
Hanya Masa Yang Menentukan..


Sunday, June 17, 2012

Bila Hati Bersuara (94) - Kau Ayah Terhebat

Kaulah Satunya, Tiada Dua, Tiada Tiga..

Kau Ayah Terhebat,
Tidak Kenal Erti Lelah,
Tidak Kenal Erti Putus Asa,

Setiap Subuh Pagi,
Lantas Bangun Laksanakan Tanggungjawab Harian,
Menyediakan Sarapan Pagi Kepada Anaknya Yang Masih Dibuai Mimpi,
Setiap hari..

Kau Tidak Tahu Erti Penat,
Dari Pagi Sehingga Lewat Senja,
Engkau Tetap Rajin dan Cekal Melakukan Apa Saja Tugas,

Kadang Aku Terfikir,
Mampukah Aku Mewarisi Sifat Sifatnya..
Yang Bakal Menjadi Suami dan Juga Bapa Suatu Hari Nanti?

Kau Ayah Terhebat,
Mencari Rezeki Sehingga Lewat Malam,
Kadang Jauh Merantau..
Semata Mata Mencari Rezeki Demi Isteri Dan Anak Anaknya Sendiri..

Aku Bangga mempunyai Ayah Seperti Kau,
Tidak Akan Ada Pengganti Selain Kau Seorang..
Selamat Hari Bapa Buat Kau Abah..

"Che Husin Bin Che Man"

Friday, June 15, 2012

Bila Hati Bersuara (93) - Tabahlah

Aku Bangga Dengan Kau,
Walau Takdir Dan Ajal Telah Menentukan,
Tetapi Hati Kau Tenang Dan Tabah,
Kuatkanlah Semangat,
"Yang Pergi Tetap Pergi,
Dan Tidak Akan Kembali Lagi",
Hanya Kenangan Akan Berlegar Menjadi Peneman Hati Sunyi..

Semua Manusia Jika Berada Di Situasi Begini,
Akan Merasa Kesan dan Rasa Yang Sama..
Tabahlah..

Sunday, June 10, 2012

Bila Hati Bersuara (92) - Bila Tiba Masanya

Bila Tiba Masanya,
 Aku Akan Pergi.. :)

Hanya Menunggu Sedikit Masa Lagi,
Kerana Sekarang Masih Lagi Lumpuh,
Pabila Kembali Boleh Berjalan,
Biarlah Mengesot Sekalipon,
Asalkan Boleh Beredar Dari Sini,
Aku Akan Pergi.. :)


Thursday, June 7, 2012

Senyum Ketawa Pengubat Duka,
Hati Kecil Menangis Siapa Yang Tahu..



.

Monday, June 4, 2012

Bila Hati Bersuara (91) - Wajah Manis

Tiap Kali Melihat Wajah Manis Kau,
Iya! Kau..
Hati Jadi Mengecut,
Tangan Ku Lantas Menggosok Dada Menenangkan Rasa..
Kelakarnya Perkara Itu Sering Berlaku Tiap Kali Ku Menatap,
Kuatnya Aura Kau Menusuk Hati Yang Tidak Berpenghuni ini..
Itu Hanya Adalah Perasaan Hati Sunyi,

Apapon..
Yang Pentingnya
Dimana Saja Engkau Berada,
Moga Kau Kuat Dan Tabah Mengharungi Segala Ujian Dan Cabaran,
Aku Tahu Kau Seorang Yang Kuat Mengharungi,
Harus Diingat Juga!
Kita Manusia Lemah,
Kesihatan Diri Mesti Diutama..
Jaga Kesihatan Tubuh,
Sentiasa Berfikiran Positif..
Dan "Senyumlah"
Biarkan Senyuman Menghiasi Muka Ayu Itu,
Dunia Juga Pasti Akan Bersama Senyum Melihat,
InsyaAllah Maha Esa Permudahkan Jalan Untuk Kau..

Seperti Biasa,
Doaku Sentiasa Tidak Lekang Untuk Kau..
Sentiasa Membaluti Diri Engkau..

Dan
Dunia Ini Penuh Dengan Helahnya..
Jagalah Diri,
InsyaAllah Tuhan Akan Melindungi Kau..
Amin, Amin..
Ya Rabbal Al amin

-MF-

Thursday, May 31, 2012

Bila Hati Bersuara (90) - Bukan Mudah Melupakan

Bukan Mudah Untuk Melupakan,
Parahnya Lagi Pabila Hati Sudah Berkata Sayang,
Apapon Takdirnya Hati Mesti Dikentalkan,
Untuk Meneruskan Perjalanan Hidup Yang Masih Panjang..

Friday, May 18, 2012

Bila Hati Bersuara (89) - Pengajaran Mainan Mimpi 18.5.12

Ya Allah Ya Tuhan Ku,
Ampunilah HambaMu Yang Masih Tidak Sedar Apa Itu Erti Kesyukuran Yang Telah Kau Pinjamkan,
Sesungguhnya Mainan Mimpi Itu Memberikan Satu Pengajaran Besar Buat Aku,
Tersedarnya Aku Dari Tidur,
Air Mataku Berlinang,
Yang Memberikan Aku Satu Erti Keinsafan Di Dalam Diri..

Kuat Sungguh Erti Mimpi Ini,
Walaupon Jalan Ceritanya Berunsurkan Jenaka Dan Tidak Masuk Akal,
Tetapi Aku Dapat Merasa Betapa Perit
 Dengan Apa Yang Berlaku Terhadap Dirinya..
Apabila Kenikmatan Dunia Ditarik Kembali..

Di Sini,
Aku Ingin Mengingatkan Pada Diri Juga Yang Lain,
Bersyukur Di Atas Apa Yang Allah Ciptakan Untuk Kau,
Jangan Sesekali Memperlekehkan Kekurangan Orang Lain,
Bimbang Jika Karma Itu Akan Memakan Diri Kau Kembali..

Terima Kasih,
Di Sebabkan Mimpi Itu,
Aku Mula Menyayangi Diri Aku Lebih Dari Sebelumnya,
Impak Ceritanya Sangat Memberi Kesan Kepada Aku..

Pada Mu Ya Allah,
Berikanlah Aku Petunjuk Jika Aku Lupa Dan Leka Ketika Berada Di Atas Kenikmatan Dunia MilikMu Ini..
Amin~

Tuesday, May 15, 2012

Bila Hati Bersuara (Entri Khas) - Hanya Luahan Hati

Aku Hanya Ingin Meluahkan Rasa Hati,
Tidak Ada Istimewanya Entri Aku Kali Ini,


Sebenarnya
Aku Ingin Memberitahu Bahawa Aku Kini Hidup Bersendirian Kembali,
Aku Tidak Mahu Menyalahkan Sesiapa Di Dalam Perkara Yang Berlaku Ini,
Mungkin Jodoh Belum Sampai Rasanya,
Mungkin Juga Jodoh Itu Sudah Memang Bukan Milik Kita,
Aku Pasrah Dengan Apa Yang Berlaku..

Walaupon Waktunya Yang Singkat,
Ya! Cukup Singkat, Sangat Singkat Sebenarnya..
Tetapi Aku Pernah Merasa Bagaimana Rasa Menyanyangi Dan Disayangi,
Dari Seorang Yang Pernah Menjadi Orang Rasmi Pertama Bertakhta Di Hati,
Ya! Yang Pertama!

Jujur Kata Hati,
Seumur Hidup Aku Bernafas,
Aku Tidak Pernah Merasai Rasa Disayangi Oleh Seorang Wanita Yang Aku Sayangi,
Kelakar Bukan?? Ketawalah Sepuasnya..
Aku Tidak Kesah,
Dan Aku Tetap Bersyukur,
Walaupon Singkat Tetapi Aku Pernah Merasa,
Sudah Cukup..

Aku Tidak Mengharapkan Jodoh Kembali Kepangkuan,
Andai Jodohnya Panjang Akan Ku Terima Kembali,
Dan
Andai Takdir Sudah Jumpa Jodoh Lain,
Teruskan Saja Hidup,
Doaku Sentiasa Mengharapkan Yang Terbaik..

Aku Pula Kini Menjalani Kehidupan Seperti Hidup Aku Dahulu,
Mungkin Aku Akan Mengambil Masa Selama 21 Tahun Lagi?
Aku Tidak Tahu,
Tapi,
Aku Percaya,
Tuhan Itu Maha Berkuasa Bukan?
Takdir Tuhan Kita Tidak Boleh Mengubah,
Biarlah, Biar Aku Menuju Kejayaan Diri Dahulu..
Aku Malas Memikir Soal Hati,
Ia Membuatkan Aku Penat Dan Lemah..


Sebagai Penutup Segala Kisah Cerita,
Kepada Engkau,
Terima Kasih Untuk Semuanya,
Engkau Satu - Satunya Mengubah Aku..
Terima Kasih!


Dan
Andai Aku Berbuat Salah,
Atau Membuatkan Engkau Sakit Hati,
Maafkan Aku,
Kerana Aku Juga Manusia Biasa,
Tidak Lari Dari Membuat Salah..


Aku Harap Kita Akan Terus Kekalkan Perhubungan Baik Ini Selamanya,
InsyaAllah..



Monday, May 14, 2012

Bila Hati Bersuara (88) - Teruskan Hidup

Terima Kasih..
Kerana Memberikan Kata Putus,
Jangan Risau,
Aku Tidak Akan Berbuat Demikian,
Tidak Sama Sekali..

Dan..
Kata Putus Sudah pon Diberi,
Dengan Ini Aku Akan Teruskan Hidup..

Kepada Engkau, Jaga Diri,
Semoga Engkau Temui Yang Lebih Baik..

Ingat!
Walau Apa pon Yang Berlaku,
Kawal Emosi Diri,
Segala Dugaan Yang Datang,
Hadapilah Dengan Tenang,
Kerana
"Tuhan Uji Kau Lebih Sebab DIA Sayang Kau Lebih"
Aku Tahu,
Kau Mempunyai Satu Semangat Dimana Aku Sendiri Tiada..
Aku Harap Kau Terus Pegang Semangat Itu,
Sampai Hujung Nyawa..
Dan
Jadilah Wanita Yang Betul Wanita..
Kerana Ia Akan Mengubah Darjat Engkau Satu Hari Nanti,
Percayalah..

Itu Saja Pesan Terakhir Untuk Kau,
Mahu Mengikut?
Terserah,
Tanyalah Tuan Empunya Badan,
Aku Tidak Akan Memaksa,
Apapon,
Aku Akan Doakan Yang Terbaik Untuk Engkau,
Sekali Lagi, Jaga Diri..

Bila Hati Bersuara (87) - Tetap Pegang Kata Janji

Aku Tetap Pegang Dengan Kata Janji,
Aku Tidak Akan Sesekali Beralih Arah,
Walau Dugaan Cabari Aku Sekalipon,
Aku Akan Pastikan Janjiku Bertulang..

Kerana Aku Tetap Dengan Pendirian,
"Aku Tetap Memilih Yang Terpilih"
Selagi Engkau Tidak Mengeluarkan Apa - Apa Jawapan,
Selagi Itu Aku Menunggu,
Ya! Aku Menunggu..

Dan 

Aku Akan Berhenti Jika Kau Kata "Berakhir" Keluar Dari Kata Hati Engkau,
Di Saat Itu Jugalah Aku Mengakhirinya Dengan Tiada Jodoh Antara Kita..




Sunday, May 13, 2012

Bila Hati Bersuara (86) - Teruskan Perjuangan

Betul Katanya,
"Kamu Adalah Masalahnya, 
Dan Kamu Juga Adalah Penyelasaiannya"

Tidak Ada Guna Untuk Mengeluh Diri Di Saat Ini,
Teruskan Perjuangan Adalah Yang Terbaik,
Kata Orang,
Alang - Alang Menyeluk Pekasam, Biar Sampai Ke Pangkal Lengan,
Aku Tekad Untuk Meneruskan Perjuangan,
Aku Sudah pon Berada Di Tengah Jalan Untuk Aku Berpatah Balik,
Daripada Membuang Masa Memikir,
Lebih Baik Aku Cuba Yang Terbaik Untuk Diri..
Semoga Tuhan Permudahkan Diri Untuk Tempuhi Dugaan Dan Cabaran..
Amin!~


Bila Hati Bersuara (85) - Kesal Diri

Aku Kesal Pada Diri Sendiri,
Mengapa Aku Jadi Begini?
Semangatku Makin Menghilang Dan Hanyut Di Makan Dek Arus Masa..

Tuhan Tolong Berikan Petunjuk Dan Jalan 
Untuk Aku Temui Kekuatan Semangatku Kembali,
Tolong! Jangan Biarkan Aku Dibelengu Di Arus Masa Yang Segan Menunggu Ini,

Aku Perlukan Cahaya Semangat Hati Di Saat Ini,
Perkenankan Doa Hamba Mu Yang Hina Lagi Lemah ini,
Bukakanlah Hati Aku Kembali..
Engkau Maha Kuasa Sekian Alam,
Amin!~

Saturday, May 12, 2012

Bila Hati Bersuara (84) - Jaga Adab

Amatlah Biadap Jika Seseorang Mencerobohi Peribadi Manusia Lain,
Dimana Adab Engkau? 
Sejahat - Jahat Aku Segala Peribadi Orang Lain Aku Tidak Kacau,
Kerana Aku Tahu Ia Adalah Satu Peribadi Diri Dimana Aku Juga Ada,
Dan Aku Tahu Bagaimana Rasanya Bila Diceroboh..

Jaga Adab Engkau,
Dengar! Jangan Ingat Dengan Hanya Sembahyang Lima Waktu 
Engkau Sudah Menjadi Penghuni Syurga,
Adab Seharian Engkau pon Harus Dijaga,
Kerana Malaikat Bukan Hanya Mencatat Engkau Bersolat Sahaja..

Bukan Ingin Berlawan Soal Agama,
Cuma Yang Dipersoalkan Adalah Adab,
Dengan Hanya Satu Ayat Tidak Sahih,
Engkau Boleh Mencetuskan Peperangan,
Dan Mampu Pecah Belahkan Saudara Sendiri,
Mungkin Juga Engkau Tidak Nampak..

Aku Tidak Mahu Memanjangkan Cerita Lagi,
Aku Sudah Maafkan Engkau..


Wednesday, May 9, 2012

Bila Hati Bersuara (83) - Beritahu Aku

Seandainya Tiba Masa Hati Engkau Terbuka,
Beritahu Aku..
Aku Kini Meneruskan Kehidupan Seperti Sedia Kala,
Andai Jodoh Ada, InsyaAllah Dengan IzinNya Tidak Kemanalah..
Andai Tiada, Teruskanlah Hidup..

Bila Hati Bersuara (82) - Maafkan Aku (2)



Maafkan Aku,
Bukan Niat Untuk Memperkecilkan Diri,
Dan
Jikalau Itu Kemahuannya,
Akan Ku Hormat Keputusan Hati Itu Seadanya..

Sekali Lagi,
Maafkan Aku..

Bila Hati Bersuara (81) - Lebih Baik Aku Mengambil Risiko



Sekurang - Kurangnya Jikalau Berlaku Apa - Apa Terhadap Diri Engkau,
Engkau Boleh Cari Sahaja Aku dan Bunuhlah Aku Jika Perlu,
Setidak - Tidaknya Engkau Mengenali Aku Bukan?,
Lebih Baik Aku Mengambil Risiko Itu Untuk Membawa Engkau,
Daripada Bersama Dengan Orang Yang Tidak Dikenali..

Biarlah Apa pon Hendak Dikata, Keselamatan Diri Harus DiUtama

Bila Hati Bersuara (80) - Bersedia Menghadapi Apa Sahaja


Sejak Bernadinya Perjanjian,
Aku Sudah Bersedia Menghadapi Apa Sahaja Dugaan,
Bersedia Dengan Apa Sahaja Yang Akan Berlaku,
InsyaAllah Aku Akan Hadapi Dengan Tenang..

Kerana Aku Tahu,
Aku Masih Mentah Untuk Melangkah Ke Satu Dunia Yang Berbeza,
Oleh Kerana Itu Aku Akan Merelakan Apa Sahaja Yang Berlaku Ke Atas Aku..

Aku Manusia,
Siapa Aku Hendak Lawan Kuasa Maha Esa,
Ibarat Seperti Memetik Jari Sahaja Tuhan Boleh Menarik Nyawa Aku,
Aku Tidak Berdaya Melawan..

Jadi Apa Sahaja Takdir Yang Ditentukan Allah,
Aku Terima,
Bukan Aku Yang Menentukan,
DIA Yang Menetapkan..

Bila Hati Bersuara (79) - Aku Risau



Aku Risau Melihat Kau Lemah Tidak Berdaya,
Ujian Diri Menimpa Sambil Datang Dan Pergi,
 
Aku Tahu Semangat Kau Tidak Pudar Untuk Berjuang,
Namun Lemah Badan Kau Disebabkan Parasit Penyakit Yang Cuba Menjatuhkan Kau,
Aku Harap Kau Tabah Melaluinya,
 
Doa Aku Sentiasa Tersalut Di Tubuh Badan Kau,
Mendoakan Semua Kesejahteraan Dan Kebahagiaan Kau,
 
Aku Doakan Pada Yang Maha Esa Supaya Permudahkan Segala Urusan Kau Dalam Mengharungi Urusan Harian Mahupon Kesejahteraan Dan Kebahagiaan..
 
Amin Ya Rabbal alamin..
Sekali Lagi Aku Harap Kau Tabah..
Aku Sayang Kau..

Bila Hati Bersuara (78) - Seperti Berada Di Dunia Lain


Setelah Lebih 2 Purnama Lamanya Aku Tidak Bersuara,
Membawa Diri Dan Merawat Hati Yang Sebenarnya Sudah Seratus Peratus Pulih,
Dan Kini Aku Bersedia Untuk Bersuara Kembali..

Seperti Berada Di Dunia Lain,
Inilah Rasa Yang Aku Alami Masa Ini,
Bagaikan Satu Fantasi Yang Tidak Terima Dek Akal,
Dan Aku Masih Lagi Berkhayal Seperti Mimpi..

Secara Benarnya,
Terus Terang,
Ingin Aku Memberitahu,
Secara Rasminya Aku Tidak Lagi Keseorangan,
Mengambil Waktu Selama 21 Tahun Hidup Tidak Berteman,
Kini Aku Sudahpon Mempunyai Seorang Gadis Cantik Yang Bertakhta Teguh Di Hati,
Yang Menerima Aku Seadanya!
Dan Yang Pastinya Aku Menerimanya Seadanya..

Sabtu/14-4-2012/1:21pm.
Tarikh Dan Waktu Yang Menjadi Satu Peringatan Kepada Aku,
Dan Secara Rasmi Berlakunya Persetujuan Dua Hati Ini Pada Hari 
Rabu/18-4-2012/12-10am

Semoga Segala Rintangan Yang Akan Berlaku Pada Kami Dapat Dipermudahkan
Dengan IzinMu Ya Allah..
Panjangkan Jodoh Kami,
Lindungi Kami,
Jauhkan Juga Kami Dari Hasutan Dendam Parasit Jahat,
Amin YaRabbal Alamin..

DZ

Wednesday, January 18, 2012

Bila Hati Bersuara (77) - Memilih Jalan Yang Sahih

Tidak Apa Andai Tidak Bersama,
Tidak Apa Andai Tidak Bersatu,

Asalkan Tahu Memilih Jalan Yang Sahih,
Jangan Termakan Suap Janji Manis Seseorang,
Takut Diri Yang Kecundang,
Diri Sendiri Terpinggir Kelak..

Doa Harapan Moga Selamat Menuju Jalan Yang Dipilih,
Disini Mendoakan Tidak Lekang,
Bahagialah Di Jalan Sendiri,
Moga Senantiasa Berwaspada Pada Apa Yang Berlaku Di Sekeliling,
Takut Tersalah Jalan Diri Sendiri Yang Runsing..

Monday, January 16, 2012

Bila Hati Bersuara (76) - Menyesal

Mengapa Bila Mempunyai Peluang, Dibazirkan?
Apabila Peluang Masih Ada Tidak Dimanfaatkan Sepenuhnya..
Bodoh! Memang Bodoh!!
Bukankah Keadaan Akan Menjadi Lebih Baik Jika Manfaatkan?
Sekarang Hendak Menyesal?
"Nasi Sudah Menjadi Bubur"
Keadaan Tidak Akan Berubah Jika Menangis Air Mata Darah Sekalipon..

Kesimpulan Kata,
Selagi Masih Ada Peluang Jangan Disiakan,
Kelak Tuan Diri Akan Menyesal..

Saturday, January 14, 2012

Bila Hati Bersuara (75) - Lepaskan Ia

"Jika Kamu Mahukan Sangat Sesuatu Benda Itu,
Lepaskan Ia..
Dan Jika Ia Datang Kembali Ke Pangkuan Kamu,
Ia Akan Menjadi Milik Kamu Selamanya.."


Sumber Dari Kata - Kata Manusia Lain,
Dan Diubahsuai Oleh Mohfi

Wednesday, January 11, 2012

Bila Hati Bersuara (74) - Jangan Takut

Jangan Takut Untuk Mencuba Sekali Lagi,
Jikalau Betul Itu Yang Dimahukan, 
Tekadkan Hati Untuk Mendapatkannya Kembali,

Dan 

Jikalau Betul Tidak Mahu,
Jangan Teruskan Lagi,
Tekadkan Hati Untuk Berhenti Mendapatkannya..
Memberi Memang Mudah!
Menerima? 





.

Sunday, January 1, 2012

Bila Hati Bersuara (73) - Aku Tidak Gentar

Aku Tidak Gentar Untuk Memulakannya Lagi,
Biar Yang Akan Berlaku Menyebabkan Kemenangan ataupon Tindasan,
Hendakkan Sesuatu Yang Terbaik Mestilah Perlu Memakan Masa,
Aku Tidak Kesah,
Biarpon Aku Jatuh Berulang Kali,
Asalkan Kemenangan Saja Ingin Aku Kecapi,
Walaupon Aku Tewas Beberapa Kali,
Tidak Bermakna Aku Tidak Ingin Mencuba Lagi,
Cabari Diri Sendiri,
Berkat Sabar Kemenangan Pasti Menanti..

Tuesday, December 27, 2011

HatiKu Sudah Terbuka Untuk Menerima..
Tetapi Aku Malas Mencari..






.

Thursday, December 22, 2011

Bila hati Bersuara (72) - Pedulikan Saja

Pedulikan Saja Sesiapa pon Yang Membenci,
Siapa Kita Hendak Pujukkan Hati Dunia Untuk Menyukai Kita,
Asalkan Kita Berdiri Dengan kaki Sendiri,
Asalkan Kita Hidup Dengan Cara Sendiri,
Kita Tahu Diri Kita Sendiri Lebih Dari Orang Lain,
Jadi? Jadilah Diri Sendiri..
Jangan Disebabkan Dunia Membenci Kita,
Kita Harus Bersembunyi Di Hujung Dunia,
Mengapa Kita Perlu Buat Begitu Dengan Dunia Kita?
Dunia Kita Milik Kita,
Masing Masing Memiliki Dunianya,
Jangan Biarkan Parasit Menguasai Dunia Bebas Kita Atas Kerana Bawakan Mulut..

Tuesday, December 20, 2011

Bila hati Bersuara (71) - Diri yang Merasa

Dunia Tidak Akan Faham Apa Yang Aku Lalui,
Dunia Tidak Akan Faham Apa Yang Aku Rasai,
Asam Garam Kehidupan Aku Sendiri Yang Merasa,
Dunia Mungkin Boleh Bebas Berkata Dan Menghakimi,
Tetapi Walaupon Rintangan Yang Berlaku,
Aku Berdiri Dengan Kaki Aku Sendiri,
Mungkin Tindakan Aku Salah Dan Membuatkan Orang Benci,
Tapi Itu Adalah Penyelesaian Terbaik Untuk Aku Memujuk Diri Untuk Meneruskan Hidup..

Friday, December 9, 2011

Bila Hati Bersuara (70) - Fahaminya

Jangan BERMANJA Pada Yang TAK HALAL,
Jangan BERCERITA Pada Yang TAK AMANAH,
Jangan SANJUNG Pada Yang TAK SETIA,
Jangan UNGKIT Pada Yang TAK MENGHARGAI,
Jangan BENCI Pada Yang TAK MENGERTI,
Jangan BERHARAP Pada Yang TAK SUDI,
Jangan MEMAKSA Pada Yang TAK CINTA,
Jangan CINTA Pada Yang TAK RELA..



Sumber Dari Kata - Kata Manusia Lain,
Dan Diubahsuai Oleh Mohfi


Wednesday, December 7, 2011

Bila hati Bersuara (69) - Apa Kau Rasa?

Apa Kau Rasa?
Jikalau Engkau Mendapat Tahu Yang Engkau Hanya Mempunyai Beberapa Bulan Sahaja Untuk Menikmati Kehidupan Dunia?

Apa Kau Rasa?
Jikalau Engkau Menghitung Hari Menuju Kejalan Yang Sudah Pasti Akan Terjadi..

Sebak Aku Rasa Kerana Aku Tidak Tahu Apa Yang Dirasa,
Dengan Muka Yang Penuh Rasa Simpati,
Ingin Bermanja Sementara Sempat,
Ingin Menikmati Hidup Sementara Sisa Hidup Masih Ada..

Aku Terdiam,
Betulkah Apa Yang Aku Dengar,
Amat Simpati Aku Mendengar Dia Sudah Tahu Bila Tarikh Pemergian Dia Sendiri,

Alhamdulillah Dia Ingin Berubah Menjadi Lebih Baik,
Niat Yang Suci InsyaAllah Mendapat Balas Baik DariNya
Semoga Tabah Harungi Rintangan Hidup,
Senyumlah Selalu..

Ya Allah, Panjangkan Umurnya Ya Allah!
Aku Mohon Kurangkan Bebananan Yang Dia Lalui,
Dia Insan Lemah Seperti Aku,
Jikalau Aku Merasa Sebak Sekarang,
Apatah Lagi Tuan Badan Yang Merasa..
Kuatkan Semangatnya Untuk Tempuh Dugaan Yang Dilalui,
Amin!