Saturday, July 27, 2013

Tuhan Maha Esa,
Aku mohon kepada-Mu kekalkanlah senyuman manisnya yang telah kembali terukir,
dan janganlah Kau menarik kembali kebahagiaannya yang hilang seperti sebelumnya,
Sinarilah hatinya,
lembutkanlah hatinya,
bahagiakannya seperti manusia biasa..

Moga Tuhan panjangkan umur kamu,
murahkan rezeki kamu,
dan bahagia bersama yang tersayang..

Selamat Hari Ulang Tahun ke - 22 DZ.

Tuesday, May 21, 2013

Bahagia kau, 
Bahagia aku juga,

Moga kau dapat apa yang kau hendak,
Berbahagialah di sampingnya..

Aku doakan yang terbaik untuk kau,
Jaga diri..


Tuesday, May 14, 2013

Tiba masa ku,
Aku pergi,
Itu pasti,

mungkin ini bukan masanya untuk meluahkan,
walaupun hati mungkin memaksa,
tapi badan mengatakan tidak,

kerana waktu sudah semakin singkat,
meskipun bersuara takkan bawa kemana,
kerana aku akan pergi,
melangkah dunia lebih mencabar menunggu,

mungkin harapan ku tinggi,
perasaan aku makin berubah dan tertarik,
tapi aku tak ingin menyakiti,
memandangkan aku halimunan,
biarkanlah saja,

dan biarkan aku pergi menyepi,
sedikit pon aku tidak akan bersuara,
aku pendamkan..





Sunday, February 17, 2013

Cinta yang halal

Tiap hari aku berdoa pada Maha Esa agar jodoh aku biarlah masih satu,
yang menginginkan akan menjadi seorang lelaki budiman yang sejati
melamar kekasih hatinya yang satu
yang mengharapkan cinta yang halal darinya
yang inginkan cinta direstui Ayah Bonda
yang pasti cinta yang dirahmati dan diberkati Sang Pencipta..

Masa akan menentukan
andai ada 
bersatulah
andai tiada
tiadalah..


Wednesday, February 6, 2013

Entri Khas = Koleksi Kenangan


Aku Tak tahulah kalau korang sanggup baca entri aku sepanjang nih,
tapi kalau berminat nak tahu, baca jelah, tak nak baca, itu terpulanglah..

Apa yang aku nak tunjukkan dalam entri kali ini adalah Koleksi barang barang yang untuk dijadikan kenangan di masa nan mendatang nanti..

*Hargai Mereka*

Itu yang aku pegang dan sematkan dalam hati, 
dan itu sajalah usaha aku untuk mengingati dan menghargai 
setiap detik yang berlaku dalam hidup aku..
aku hargai semuanya..

Sebab aku tahu kenangan ini akan berlaku sekali sahaja seumur hidup..

sebelum ini aku ada share gambar barang2 koleksi kenangan aku di twitter,
tapi itu belum secara keseluruhan lagi..

dan apa yang aku nak tunjukkan ni adalah koleksi kenangan aku hampir keseluruhan..
dan inilah koleksinya..























1. Seperti yang aku pernah tweet gambar ni sebelum nih, Aku namakan Kotak Penghargaan
Peribadi. Kotak ni sendiri pakcik aku yang bagi aku, so aku simpan je la..



2. aku dapat surat daripada member kakak aku, sempena hari jadi aku, dia bagi la kad nih,
dia tulis dia gelarkan aku muka berjaya atas nama aku sendiri Firdaus.. In Syaa Allah kak..



3. Ini Adalah Surat daripada adik aku sorang nih, aku taknak la cakap ape yang ade dalam isi kandungan surat ini.. aku anggap ini adalah amanah dari dia, melainkan dia kasi cite kat orang lain, aku citelah.. hahah!



4. serius bila aku selongkar balik koleksi aku, aku tak percaya yang aku still simpan kertas nih.. hahah!~ bila baca balik memang agak geli geleman tapi dia dah tulis dalam tuh dia bukan gay.. fuh!~ hahah!~ sebenarnya aku sangat facepalm bila bace kertas yang ditulis spontan nih, tapi bila fikir2 balik, ade orang yang sayangkan aku as a friend, thanks so much bro. aku pon dah tak ingat gila bila, form bape ntah, form 2, form 3 mungkin.. and orang dia pon aku tak sure dah sape tuan yang tulis nih.. bila ingat2 balik handwriting Y dengan G dia yang ade ekor macam tuh, aku rasa orang itu adalah Jamal Arif Rosman..



5. Tag nama warna kuning putih = Itu adalah kenangan dimana aku dan 2 orang kawan aku Nazir, Aiman.. Kiteorang satu group dalam Pertandingan Minggu Pusat Sumber Jejak Maklumat
Kami namakan Kumpulan kami FirNazMan..



6. Tag MIFF 2010 = aku tak tahu kenapa aku simpan tag ni, mungkin sebab mase nih aku pergi dengan junior2 kot tahun 2010, tag tahun2 lain aku pergi MIFF nih ade je aku simpan lagi, tapi 2010 ni spesel siket, tu yang aku simpan mungkin..



7. Pembaris Kayu = Itu adalah pemberian masa aku (kami ID students) datang melawat ke WariSeni Bukit Nanas bersama Lect. kami Mdm. Sabariah..



8. Tag Nama Pengawas = kenangan first time jadi pengawas, itulah tag nama pertama dan terakhir juga tag lencana sekolah aku pakai since aku jadi pengawas..



9. Keychain Kotak Merah = Itu adalah Pemberian dari cikgu feveret aku, Cikgu Zaiton, dia mengajar aku subjek Sains dan aku tak nafikan, dia antara salah sorang cikgu yang hebat bagi aku, kefahaman aku dalam sains, 70% aku terapkan apa yang diajar oleh dia, dan 30% saja aku refer buku text dan revision.. makna kata, bila nak exam SPM, aku tak baca pon buku text, revision sume nih, sume based on apa yang aku ingat dalam pale otak je dia ajar selama nih.. baca la jugak, ulang kaji sume tuh, tapi ala kadar jela.. hebat betul cara dia mengajar, ok! pemberian ini adalah disebabkan aku mendapat keputusan paper yang agak membanggakan.. aku ingat lagi kata2 dia masa tuh "I should give you some token to those who got best result" lebih kurang camtulah dia cakap..



10. Kotak Hitam berisi Pen dengan Keychain = Itu adalah Penghargaan aku mendapat Special Award Anugerah Kepimpinan Terbaik beserta Sijil




11. Kain Merah C.R.O.W = kain tu jadi kenangan apabila aku menghadiri UPM Serdang menjadi Supporter untuk Kolej Aku Sendiri dalam Event Architecture yang dipanggil PADI, setiap supporters dan ahli2 diberikan kain tu untuk pakai sebagai tanda kami adalah Ahli FBE KLMU..



12. Kain tuala muka (pemberian cenderahati kahwin) = Cenderahati ni aku simpan sebab ini adalah perkahwinan member sekelas aku laki dan perempuan ni bercinta dari zaman sekolah, sape tahu jodoh dieorang dah ditakdirkan bersama,
aku hepi tengok korang dua skang, bahagia, itu yang aku harapkan pada diri aku satu hari nanti, In Sya Allah.. ini jugak member yang pertama aku yang kahwin.. Oh ya! FYI mereka nih dah dikurniakan cahaya mata, a princess, wah comel gila dia!~ congrats2..



13. Mp3 Player = Pakcik aku bagi mp3 tuh, dia memang suka bagi2 barang nih dulu.. =)



14. Discount Card "The Friends and Family Sale" = kad ni diberi oleh DZ mase aku visit dia time keje, dia bagi aku kad ni dengan fara sekali, aku ade amik jugak buku yang jual product2 Coach nih, ade aku simpan lagi, tapi aku hanya mampu simpan jela kad ni sebab aku masih tak mampu nak beli barang2 semahal tuh, kau ade tunjuk aku yang kau minat satu beg merah tuh, ya! memang cantik pon, In Syaa Allah ade rezeki, one fine day aku akan belikan ya!. Kalau nak diikutkan hajat sebenarnya pon aku datang Coach tu semata mata disebabkan nak jumpa kau je, itu je buat aku interested nak datang situ, kalau tak memang aku tak masuk kedai branded camtuh.. haha!~ *apepon keje elok2 ya! aku sentiasa doakan terbaik untuk kau =)*




15. Ini adalah sut Baju Pengawas pertama dan terakhir aku, aku akan simpan nih..



16. Gelang Nama = Gelang Aku pakai sepanjang aku berada di hospital Ampang Puteri selama kurang 2 minggu tak silap, aku masa tu umur 15 tahun, aku kena demam denggi, kenangan muntah darah 2 bekas (lebih kurang 2 mangkuk sederhana besar), bila aku kenangkan balik mase tuh, aku cuma fikir satu benda je, aku akan MATI.. *serius*



17. Slip kenyataan kemasukan peperiksaan SPM = apa lagi, kenangan jawab exam SPM lah jawab dalam dewan ramai2.. hahah!~



18. Duit kertas separuh = sebagai tanda sahabat, kami koyakkan duit kertas RM1 dan masing2 pegang separuh, aku tak tahulah kalau dia masih simpan duit tu ke tak..



19. Duit 1 Ringgit lama = Ada lima keping semuanya, tak ada kesan lipat langsung, masih keras macam duit baru, no. siri duit tu pon ikut turutan, tapi yang ada 71, 73, 74, 75, 76.. 72 aku tak tahulah sape pegang antara adik beradik aku, ini pemberian ayah aku..
Duit ini aku akan berikan kepada seseorang yang amat bermakna pada aku satu hari nanti.. sebagai tanda penghargaan dari aku..



20. Plastik Laundry Permai Hotel Kuala Terengganu = aku rembat plastik nih dengan syampoo, sabun, conditioner sekali dalam plastik tuh, tanda aku tido hotel nih bersama Faiz pergi lawatan ke Terengganu dengan studiomates tercinta, kenangan ini sangat best!



21. Ukiran Kayu A14 = Ini adalah hasil kerja kursus Pendidikan seni visual, aku buat ukiran kayu masa tuh, hasil kerja dia tak yah cite la kan, first time mengukir, what do you expect? yedak, tapi xdelah sehodoh mane pon, ok laa.. kenapa A14? dipendekkan cite aku pernah suka perempuan ni dulu dan aku buatkan A untuk namanya dan 14 untuk hari lahir dia, dan aku ingat nak hadiahkan, tapi orang kata dah xde jodoh, memang xde jodoh langsunglah cite die, so? teruskan hidup jela.. so simpan jela.. no. 14 ni bukanlah semata mata tarikh lahir saja, sebenarnya banyak jugak yang berlaku berkaitan 14 tanpa disedari dalam hidup aku, so aku anggap no. 14 nih no. unik dan special.. sampai sekarang aku sukakan no. 14.. password aku pon aku letak ade selitkan no.14 kan fara kan? haha!



22. Keychain Cambodia = Keychain ni pemberian dari lecturer aku, madam Sabariah masa dia dan junior2 aku pegi melawat sambil belajar di Cambodia, aku tak kesampaian nak pergi..




23. Tasbih = cenderahati daripada my aunty dia pegi umrah, dia bagi aku tasbih dan kopiah..
thank you!



24. Keychain Australia = Mama aku bagi mase abah ade outstation kat sana, mama ikut skali teman abah, takpelah, kami anak2 kasilah can untuk berhoney moon kat situ kay? wawawa.. :P



25. Buku Sijil untuk Derma Darah = ini dijadikan kenangan mase aku, nienie dan fara derma darah bersama, eh fara ko derma darah jugak ke mase tuh? ingat2 lupa dah..



26. Keychain Keris = Kakak aku bagi masa kami sekeluarga bercuti di Melaka



27. Kotak Hitam = Cenderahati dari Pusat Kraftangan Malaysia, dia bagi bekas diperbuat daripada tanah liat berbentuk petak, rasanya untuk bekas habuk rokok mungkin..



28. buku nota hijau = itu pemberian daripada cikgu aku mase form 2, dia bagi sekali pensil ngan pemadam, tapi dah guna, terasa menyesal pulak guna barang tuh, lenyap ntah kemana dah..



29. Gambar kenangan form 3 = Ini je kot gambar bebudak kelas yang aku simpan, mase nih nakal2 sume, tak tahu nak cakap macamana dah, tapi aku tengok skang dieorang mampu jadi orang yang baik, itu yang bagus!..



30. Art Painting = Aku beli painting nih mase aku selesai melibatkan diri dalam kerja kursus untuk membuat ukiran kayu selama 1 bulan lebih kalau tak silap, kerja kursus nih dijalankan di WariSeni Bukit Nanas, Aku beli dari seorang Pelukis yang memang bekerja kat situ, dan segala artwork dia sangatlah hohsem! serius hohsem!.. dan dengar cerita jugak WariSeni akan Berpindah di Melaka, so aku pon belilah painting ni sebagai kenangan terakhir bangunan WariSeni tu kat situ, dan kenangan aku buat kerja kursus ukiran kayu kat situ jugak.. orang tu dia kasi sekali ngan paper bag nih, sepatutnya dia jual beg nih, dia bagi free.. ngehehe!~




31. Ukiran Kayu = Ini lah hasil kerja kursus yang aku buat selama 1 bulan lebih di WariSeni, Terima Kasih pada cikgu cikgu yang mengajar, melembutkan tangan mengukir, mengajar teknik2 yang betul, aku gelarkan cikgu tu cikgu faizal tahir, sebab muka die akan2 FT dengan rambut panjang dia lagi.. hahah!~
tak lupa jugak uncle2 yang join kerja kursus mengukir mengajar aku cara yang betul untuk mengukir, terima kasih!~




32. Resit Parking = haaa!~ ini adalah resit2 yang aku kumpul dari aku awal2 belajar di KLMU, xdelah awal2 sangat, hampir pertengahan jugak lah aku start kumpul nih, dan inilah resit parkingnya, rasanya dah capai 100 keping dah kot.. hehe sebagai kenangan tempat aku selalu parking nak ke tempat belajar..



33. Kad Jemputan ke Majlis "Jasamu dikenang budimu disanjung" = Jemputan ke majlis untuk para pengawas yang bersara.



34. Keychain London = pemberian Aunty aku




35. kad Klinik = kad klinik nih milik member aku Aiman, aku jumpa kad nih mase aku tengah lepak mamak ngan member2, duduk je kat meja tuh aku ternampaklah kad klinik nih, aku tak tahulah si Aiman ni tertinggal ke? atau memang dia buang aku tak tahulah,
tapi ntah ape motif la aku amik kad tuh aku simpan.. hahah!~




So, inilah dia hasil koleksi yang aku kumpul
aku hargai sangat perkara2 manis yang berlaku pada aku,
korang bagilah ape pon, in Sya Allah aku akan simpan dan jadikan 
koleksi kenangan..



Sunday, January 13, 2013

Aku Tidak Mampu Menafikan Lagi..

Bunyinya mungkin bodoh,
aku dah cuba sedaya upaya untuk lupakan,
tapi ini adalah kenyataan yang aku tak boleh elakkan,
aku dah cuba buang jauh jauh,
perasaan hati aku masih tak berubah..
tetap pilih kau..

tapi aku tak kesahlah siapapon jodoh yang kau akan jumpa,
tapi aku harap dia pon mempunyai perasaan sepertimana perasaan yang aku rasa sekarang..
bohong kalau aku kata aku dah tak amik peduli dah..
setiap kali kau singgah di minda,
tiap itu aku doakan baik2 utk kau..

jujurlah aku cakap,
perasaan aku masih kuat,
usahkan bila lihat gambar kau,
kau singgah difikiran pon buat jantung aku berdegup kencang..
penangan kau memang kuat,
mungkin sebab kau yang pertama..
nak lupakan tu memang tak mungkin lah kan jawapan dia..
apepon, aku harap kau baik2 je lah eh..
doa aku sentiasa terbalut di badan kau..